-->
skip to main | skip to sidebar

About Me ^^

My Photo
sharinamazlan
AKAL. AGAMA. AKHLAK. ^^
View my complete profile

Pages ^^

  • Home

Muslimah Comel ^^

Muslimah Comel ^^



Blog Archive ^^

  • ▼  2012 (3)
    • ▼  April (3)
      • Ohh Pemilik Tulang Rusukku… ^^,
      • Breakaway ^^,
      • PASUM.. kenangan terindah ^^,

Sahabat ^^

Lalalala~ ^^

Super Junior - It has to be you

Post Terkini ^^






Cheetah Print Pointer 2

Biar Bidadari Mencemburuimu

Sunday, April 29, 2012

Ohh Pemilik Tulang Rusukku… ^^,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)
Segala puji bagi Allah S.W.T , yang telah menjadikan langit dan bumi dan segala ciptaan yang indah.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , ahli keluarga dan para sahabat.

Alhamdulillah, segala rasa syukur saya panjatkan kehadrat Illahi atas kesempatan yang diberi untuk saya mencoret lagi. Waaaa I loike this topic. hihi.. Jadi, post kali ni ditujukan buat cik adik-cik adik manis di luar sana, haa yang tengah baca tu, yee saya tulis ni untuk awak, dan juga buat cik adik comel yang sorang ni (saya la tuu. hihi…). Dan post kali ni jugak saya tujukan khas buat sahabat yang sangat saya sayangi dan rindui, ROSDIANA BINTI MUHAMMAD THANGAVELOO :’)

Sebelum tu, saya nak berkongsi sedikit tentang kisah remaja seorang hamba Allah S.W.T ni.


“Gadis ini hanya seorang biasa yang datang dari keluarga yang biasa-biasa juga. Dia kecil molek orangnya. Dari segi pelajaran, dia bukan la seorang pelajar cemerlang sekolah. Dari segi agama juga dia sangat biasa-biasa. Hal ini kerana dia dibesarkan dalam keluarga yang agak cetek dalam ilmu agama. Jadi, keadaan tersebut sangat memberi pengaruh buruk kepada dia. Alhamdulillah dia mendapat rakan-rakan yang baik-baik, yang sentiasa mengingatkan dia tentang solat dan sebagainya. Namun, dia masih belum dapat mencari jalan yang benar-benar dia inginkan. Dia sering terpaksa berpura-pura di hadapan sahabat-sahabatnya. Namun, dia seorang yang baik sebenarnya. Dia masih tahu batas-batas kehidupan yang sepatutnya.
Seperti remaja-remaja yang lain, dia juga mempunyai naluri untuk disayangi dan dicintai. Sehinggalah seorang lelaki cuba mendekatinya. Semakin hari dia menjadi semakin leka. Mungkin keadaan fizikalnya yang sedikit menarik menyebabkan dia diminati oleh beberapa orang lelaki. Lepas seorang meninggalkan dia, dia pun mula menerima yang lain. Teman lelakinya bertukar ganti. Dia sanggup menipu ibu bapanya sendiri demi mengikutkan percintaan nafsunya itu. Semakin hari, dia semakin lalai dengan kata-kata indah dan manis yang diberikan kepadanya. Dan semakin lama juga, nafsunya juga semakin melonjak-lonjak, berbisik untuk melakukan sesuatu yang lebih ‘nikmat’. Sehinggalah pada suatu ketika, dia tekad untuk melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia hanyut dalam gelombang asmara nafsunya itu. Dia terlanjur dengan teman lelakinya. Dan yang lebih teruk lagi, dia berasa seronok dengan ‘nikmat dunia’ tersebut. Dia masih hanyut , leka bergelumang dengan dosa-dosa tersebut. Sehingga pada suatu hari, tiba-tiba terdetik di hatinya, perasaan rindu untuk menyarung telekung solatnya yang selalunya terlipat rapi dan hanya menjadi sekadar hiasan di segenap ruang biliknya.



Pada detik itu, dia melangkah dengan hati yang hiba, pergi membersihkan diri. Perasaan yang tak dapat digambarkan olehnya. Dia menitiskan air mata disaat ingin menyarungkan telekung itu di kepala. Dia menunaikan solat fardu Maghrib dengan hati yang penuh rasa hiba. Selesai solat, dia menadah tangan, memohon keampunan kepada Yang Maha Esa. Air mata penyesalan menghujani pipinya. Dan pada ketika itu jugalah, dia lahir menjadi seorang insan yang baru.

Dia meninggalkan segala kehidupan silamnya dan memulakan coretan hidup yang baru. Dan kini, dia hanya mendambakan cinta yang abadi, iaitu cinta kepada Illahi…” 


The end… hihi.. Itulah serba sedikit yang boleh saya ceritakan melalui kisah seorang sahabat kita itu tadi. Walaupun kehidupannya gelap pada awalnya, namun dalam sekelip mata ia mampu berubah. Apa motif saya cerita semua ni sebenarnya? Sebenarnya, saya cuba menegaskan bahawa cinta kepada Illahi dan juga RasulNya itu adalah sangat penting sebelum kita ingin mencintai seseorang. Memang benar, fitrah manusia untuk disayangi dan dicintai itu selalu bertandang di hati kita. Namun, lebih indah mencintai Pencipta kita dahulu sebelum kita ingin berkongsi hidup dengan seseorang.

Wahai sahabat, kita memang telah diciptakan berpasangan. Setiap wanita diciptakan dari tulang rusuk kiri seorang lelaki (ahhhhh comeeeeeel sangatttt ^^). Jadi, mesti pernah terlintas kan di fikiran kita, agak-agak siapa la pemilik tulang rusuk yang ada di tubuh kita sekarang ni? Takpe, tu bukan berangan, tu fitrah =) Di sini ada saya sertakan sebuah video tentang sebuah forum yang bertajuk “Kau Tercipta Untukku” yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya Dr. Farhan Hadi =) Ni salah satu part je dari forum tu, sambungan dia, carik la sendiri dengan Incik Youtube eh? hihi..




Lagi satu perkara, jika terdetik di hati kita untuk mendirikan rumah tangga terutamanya pada usia muda, apa kata kita berfikir sejenak tentang keputusan itu. Memang betul, nikah itu bagus sebenarnya. Dapat menghalalkan sesuatu perhubungan dan mengelakkan dari berlaku fitnah. Namun, adakah anda pasti dengan keputusan itu? Adakah keputusan tersebut adalah yang terbaik untuk kita? Adakah kita benar-benar sudah bersedia? Pertama sekali, dirikanlah Istikhara, minta petunjuk dari Allah S.W.T. Kemudian, tengok video ni dulu. haha macam pelik pulak bunyinya XD




Hmm macam mana? Anda rasa anda sudah bersedia? Muktamad? Tiada talian hayat diberikan. hihi..
Kalau saya, saya belumm =( … Dan bagi adik-adik yang baru masuk ke alam remaja, yang tiba-tiba terasa macam terminat dekat sesiapa ke, tu pun memang fitrah manusia dik. Maklumlah, masa-masa macam tu, emosi dan hormon tengah tonggak terbalik. Yang telah terlibat dengan alam percintaan monyet ni, adik jangan la terlalu mengikutkan perasaan ye. Bak kata orang cinta separuh mati la kan.. Lautan dalam sanggup ku renangi, bara api sanggup ku tempuhi. Alahaaaai, awat nak jadi ‘bijak’ sangat. That’s all are totally nonsense and just a big lie ==’  Jadi, jangan la jadi ‘bijak’ sangat dengan mempercayai segala ayat-ayat manis tu sebab sebenarnya ia lagi pahit dari ubat dekat sepital tuu -.-
Bagi yang sedang patah hati pula, terimalah itu sebagai satu nikmat dan kurniaan yang Allah S.W.T berikan kepada awak. Awak patut bersyukur sebab Dia masih menyelamatkan awak dari cinta-cinta yang mungkin bukan yang terbaik untuk awak. Dan percayalah, Allah S.W.T sedang merancang sesuatu yang lebih indah buat awak. Mungkin, ini juga salah satu cara untuk Dia menarik balik perhatian awak agar lebih dekat kepadaNya. Jadi, La Tahzan =)





Dan yang paling penting, yakin dengan janji Allah S.W.T :


“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

[Surah an-Nur : 26]






Jadi, bukan sahaja kita perlu berdoa dan meminta agar dikurniakan pasangan hidup yang soleh/solehah, jujur dan sebagainya, namun kita juga perlu sentiasa memperbaiki dan mempersiapkan diri ke arah menjadi insan yang lebih baik. Jadi, buatlah yang terbaik ye untuk masa depan yang lebih cerah. InsyaAllah..

            “Cinta kepada HARTA ertinya BAKHIL.
             Cinta kepada PEREMPUAN ertinya ALAM.
             Cinta kepada DIRI ertinya BIJAKSANA.
             Cinta kepada MATI ertinya HIDUP.
             Cinta kepada ALLAH ertinya TAQWA… ”


Sekian, Wassalam... =)
Posted by sharinamazlan at 3:11 PM
0 comments

Saturday, April 28, 2012

Breakaway ^^,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)
Segala puji bagi Allah S.W.T , yang telah menjadikan langit dan bumi dan segala ciptaan yang indah.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , ahli keluarga dan para sahabat.

Alhamdulillah.. saya diberikan sedikit kesempatan  untuk mencoret lagi di sini. Seperti yang awak semua nampak, tajuk post kali ni “Breakaway”. hee… Tiba-tiba kan? Tak laa. Sebenarnya ni merupakan tajuk lagu, singing by Sharina Mazlan. haha koyaa(perasan). Actually, it is fron Kelly Clarkson. (Alaaa, mesti semua da tahu kan? Kau sorang je la yang tak tahu Sharina Mazlan ==’).  This song is one of my favourite song! Waaaahh speaking gituu. hihi.. Sebelum ni saya tak tahu pun tentang kewujudan lagu ni. Teruk kan? ==’ Lepas masuk PASUM, rumet saya yang comel tu la yang kenalkan dekat saya lagu ni. Dan apa padah yang menimpa beliau? Beliau terpaksa mendengar lagu ni berulang ulang ulang ulang ulang ulang..err faham kan macam mana banyaknya lagu ni diulang setiap hari. hihi.. Thanks and sorry Miss Rosdiana Binti Muhammad Thangaveloo.. (btol kan aku eja nama kau ni? hihi..) Sebab dia cakap haritu, semua orang salah eja nama dia. hihi.. Kawan yang ‘prihatin’ la katakannn….

Kenapa saya suka lagu ni? Entah..saya pun tak tahu. hee tak laa. tipu jeee. Sebenarnya takde la tipu sangat. Ehh ape ni Sharina Mazlan? Cakap belit-belit laa ==’

Mula-mula memang la saya suka sebab irama dia sedap. Tapi bila da dengar berulang ulang ulang ulang ulang ulang kali tu kan, baru saya faham maksud yang cuba disampaikan oleh kawan saya ni (Cik Kelly, bukan Cik Keli yee). Saya suka lirik lagu dia. Sangat inspiring. Sooo when I feel depressed, down, tension and so on,  I will listen to this song. It’s very inspiring me. Seriously…




Walaupun Cik Kelly ni bukan ‘saudara’ kita, tapi tak salah nak dengar lagu dia. Dan tak salah nak dengar lagu-lagu yang lain jugak. Maksud saya, bukan semestinya kita kena dengar lagu nasyid sahaja. Kita bole dengar atau berhibur dengan apa-apa sahaja jenis lagu. Tak kesah la lagu Melayu ke, Inggeris ke, Korea ke..(sebab saya pun layan K-pop jugak. hihi..), apa yang penting.. KERJASAMAA! errr salah..lari dari tajuk ye. apa yang penting… mesej yang cuba disampaikan oleh lagu tersebut.  Yelah, kadang-kadang ada juga lagu nasyid yang lebih menceritakan tentang cinta sesama manusia, betapa indahnya mencintai seseorang dan sebagainya. Tak boleh pakai jugak kan?

Berbalik kepada lagu Breakaway ni, lirik yang terkandung dalam lagu ni sangat bagus pada pendapat saya. Sebagai contoh:

                                “ Dreaming of what could be,
                          And if I’d end up happy,
                          I would pray. ”

Wahai sahabat saya yang comel-comel, cantik-cantik, dan hensem-hensem, jangan lupa pada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang. Maklumlah, kita ni manusia biasa, begitu juga dengan saya. Kadang-kadang (selalu la jugak), bila kita dapat sesuatu nikmat, kita terlalu suka sehingga lupa untuk mengucapkan sepatah perkataan hikmat ini, iaitu “Alhamdulillah…” Jadi, harap-harap lepas ni kita lebih mengingati Allah S.W.T pada setiap masa, InsyaAllah.. ^^,




“ I’ll spread my wings and I learn how to fly,
                          I’ll do what it takes ‘till I touch the sky,
                          And I’ll make a wish, take a chance, make a change,
                          And breakaway..
                          Out of the darkness and into the sun,
                          But I won’t forget all the ones that I loved,
                          I’ll take a risk, take a chance, make a change,
                          And breakaway… ”

Nanananana..na..Nanananana..naa.. errr..hihi tersyok pulak *blushing(gedik). Haaa..untuk petikan lirik tu pulak, apa yang saya belajar, kita kena berani untuk menonjolkan diri kita, keluar dari kepompong yang menyembunyikan segala kebolehan yang Allah S.W.T da anugerahkan kepada kita. Jangan sia-siakan segala bakat yang telah dikurnikan. Mungkin pada mulanya kita tak yakin dengan kebolehan kita sendiri, tapi Allah S.W.T Maha Mengetahui kan? Jadi, Dia lebih tahu apa yang kita mampu atau tidak dan apa yang terbaik untuk kita. Tapi, jika kita melakukan sesuatu dan terasa berat untuk menahan segala ujian dan halangan yang ada, berdoalah kepadaNya. InsyaAllah akan diringankan ujian itu untuk kita. Seperti dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:

                “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”         

[Surah Al-Baqarah, 2:286]

Selain itu, janganlah sesekali kita lupa akan orang-orang yang pernah menemani kita disaat kita susah dan senang. Terutamanya ibu bapa kita. Nauzubillah..janganlah pernah sesekali menjadi anak derhaka yang lupa segala jasa mereka yang tidak terbalas banyaknya. Tidak guna kalau kita berjaya, kaya, berpangkat, disanjung ramai, padahal kita tak pernah ingat dekat ‘orang tua’ yang da membesarkan kita dari kecil hinggalah apa yang kita kecapi sekarang. Sebab, takde guna pun segala harta dan pangkat yang kita ada kalau jadi anak derhaka. Awak la sampah masyarakat yang sebenarnya. Harta pangkat tu semua tak boleh bawak masuk kubur pun la awak.. Lupa ke, Allah S.W.T pinjamkan je semua tu dekat awak. Da la peminjam, belagak pulak tu.. Eeeeee..tak tawu maluuu.. Ingat ni..

                “Ada dua jenis nikmat yang menyebabkan ramai manusia tertipu di dalamnya, iaitu, kesihatan dan kesempatan.”    

[Riwayat Imam Al-Bukhari]

Sama-samalah kita selalu berdoa, so that kita takkan leka dengan dua jenis nikmat ini. Kalau tak nanti takot-takot kita jadi ‘gang’ dengan syaitan pulak. Nauzubillah.. Eeeee jangan..jangan.. setan tu da la tak hensem, tak lawa.. jahat pulak tuu. takmo takmo..takmo kawan dengan dia ehh..

Ish..macam da panjang sangat je ni saya berceloteh. hihi.. takpe la, saya pendekkan. Hmm jap, lupa nak tulis apa tadi. hihi..
.........................................................................................................
Haaaa..da ingat! Hmm kata-kata akhir saya, saya doakan semuaaaaa sahabat saya berjaya di dunia dan yang paling penting di AKHIRAT. Semoga kita sentiasa di bawah naungan rahmat dan redhaNya. InsyaAllah.. Sampai sini je la rasanya.. Ehhh cop copp..hee this song is specially dedicated to all of you.. Enjoy.. ^^

Ingat nak letak mv dia, tapi macam ‘cantik’ sangat Cik Kelly tu. 
hee takpe laa. yang ni je laa ^^

Sekian, Wassalam.. =)
Posted by sharinamazlan at 6:12 PM
0 comments

Monday, April 23, 2012

PASUM.. kenangan terindah ^^,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)
Segala puji bagi Allah S.W.T , yang telah menjadikan langit dan bumi dan segala ciptaan yang indah.
Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W , ahli keluarga dan para sahabat.

Ni merupakan post yang first la kiranya memandangkan saya da delete semua post-post sebelum ni. Kira new version la ni. hihi..

Alhamdulillah atas kesempatan yang diberi oleh Allah S.W.T untuk menyediakan sedikit coretan kenangan khas buat sahabat-sahabat, atau dengan kata yang lebih mesra, keluarga 69 saya di PASUM..

Segalanya bermula pada 29 Mei 2011, hari pendaftaran saya di Kolej Kediaman Raja Dr.  Nazrin Shah, atau lebih famous dengan gelaran KK12. *tak payah sebut panjang-panjang. heee..

On that day, ‘nebes’nya tak payah cakap la kan..maklumlah, selama ni jadi pekasam je kat rumah. Bila kena pergi sana, kena belajar berdikari, belum tentu kawan macam mana, rumet macam mana, Allah…

Bila sampai sana, ramainya orang. Semua muka vogue-vogue gituu.. Masa nak daftar masuk bilik, kita boleh pilih sendiri, tapi time tu yang saya kenal semua kat mana entah, tak sempat jumpa, soo bedal je la kan. Lepas siap bayar yuran semua, sampai depan meja nak tulis nama untuk daftar masuk bilik, saya tercengang-cengang je kat situ, tengok yang lain ada partner masing-masing. Tiba-tiba akak tu tanya, “Awak ada couple?”. Dalam hati saya, “HAA?! Yang akak ni nak tahu aku ni couple ke tak kenapa??”. Lama jugak terdiam. Lepas tu barulah faham, satu bilik dua orang. So, siapa da ada ‘couple’ sendiri, bole terus masukkan dua nama untuk satu bilik. Saya pun dengan keadaan yang gelabah cakap je la takde. So akak tu pun cakap, “Tulis nama kat sini eh dek.” Saya pun tulis je laa. Lepas tu akak tu suruh ambil kunci. Lepas da siap semua, saya pun terus naik atas, angkat barang-barang, dan kemas-kemas mana yang sempat. Dan di situ la detik pertemuan saya dengan seorang sahabat, ROSDIANA BINTI MOHAMAD THANGAVELLO =) *ehh betul ke eja ni. hihi..maaf kawan..

Cantik kan rumet saya. gojes ^^
Dialah rumet saya. Dia ni comel (tapi saya lagi comel. hihi..), baik, kepoh(hihi..), peramah, cantik(dia je mengada kata dia tak cantik -.-) dan banyak lagi la yang best pasal dia. Secara jujurnya, mula-mula saya ‘tak redha’ dapat sebilik dengan dia. Saya ni memang mengada sikit. MAAF DIAN… T_T

Tak nak cerita pasal MHS, nanti panjang sangat. hee tapi satu yang best, saya dengan dian dapat sel(group) yang sama. Jadi, ke sana ke sini, semua sama-sama. Kuat kan jodoh kitorang ^^

Tapi, dari sehari ke sehari, kami jadi semakin rapat. Hubungan dengan jiran-jiran sebelah pun makin rapat. Seronok sangat ada keluarga 69 macam:

ROSDIANA BINTI MOHAMAD THANGAVELLO
(adik saya, kadang-kadang jadi suami/isteri/tunang saya. err -.-)

NURUL DIYANA BINTI MOHAMAD NEJIB
(mami saya)

SITI NORILLIYIN
(kakak saya,trademark beliau “saya yang chantek ni haa”)

NUR AMALINA BINTI MAZLAN
(kembar saya@bidadari chantek)

IMA SAMSUDIN
(angkatan programmer)

AMINATUL BIRRIAH
(geng sheepo/kakak nur cherry abdullah@anak pungut saya)

NADIA dan AIDA
(dua-dua geng fizikal)

Ni la anak, mak, kakak terangkat saya semua =)

ni Aminatul Birriah, budak mucukk ^^
ni Nurul Diyana, mami saya ^^

ni Siti Norilliyin, si cantik ^^

ni Amalina, bidadari cantik ^^ *dia kuat makan -.-
dari kiri..cepat jalan ! ehh..hehee..
dari kiri, Aida, Nadia, Ima ^^
Dipendekkan cerita, saya sangat bersyukur sebab Allah S.W.T anugerahkan kepada saya sahabat-sahabat yang cukup istimewa seperti mereka. Mereka banyak mengajar saya erti kehidupan.

Baru-baru ni, ada sahabat lama yang menegur saya. Dia kata dia senang melihat saya yang sekarang. Dulu saya pernah mengadu dekat dia, yang saya benar-benar perlukan insan-insan yang dapat membimbing saya. Dan saya baru perasan yang Allah S.W.T telah mengabulkan doa saya semasa saya di PASUM. Terima kasih Ya Allah.. T_T

Buat sahabat yang sangat saya sayangi, Dian..
Sesungguhnya hanya Allah S.W.T yang tahu betapa saya sangat merindui awak. Masa lepas saya hantar awak, hanya air mata yang mampu saya titiskan dalam kereta. Hanya dalam doa saya sampaikan rindu saya buat awak.Hanya dalam doa saya mampu bantu supaya awak berjaya. Awak seorang yang sangat baik, pandai. Awak jangan sia-siakan semua tu ye. Jangan lupa pesanan-pesanan saya buat awak. Kalau ada pape, insyaAllah saya sentiasa ada untuk awak. =)

Buat Yana, Yin, Amal, Min yang amat saya rindui..
Korang semua pun anugerah yang terindah buat saya. Terima kasih sebab bawak saya pulang. Tu hadiah dari korang yang tak mampu saya balas. Teruskanlah usaha korang untuk jadi doctor ye. InsyaAllah korang semua boleh =)

Buat Ima, Nadia, Aida yang comel-comel..
Walaupun kita tak berapa rapat, tapi saya takkan lupakan korang sampai bila-bila..InsyaAllah.. Good luck dalam apa jua yang korang buat ye. Jangan lupa segala pesanan papa kita, Papa Zahurin =)

Sebenarnya, banyak lagi yang hendak saya coret, tapi mungkin akan jadi berates page. hihi.. jadi, ni je la ‘sezarah’ hadiah buat kamu semua. Rindu dan kasih saya pada kamu semua takkan pernah padam. InsyaAllah kalau ada rezeki, nanti saya akan bekerja. Doakan saya ye. Saya sengaja menyibukkan diri. Masa di rumah pun, bangun je tidur, saya akan buat macam-macam, sampai mak dengan ayah tak henti-henti suruh saya berehat dulu. Tapi, tu je la yang mampu saya buat untuk melupakan sekejap rindu kat hati ni, dengan menyibukkan diri sehari suntuk. Hihi..sweet kan saya? ^^

Last but not least, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan buat kamu semua. Halalkan semua makan minum saya. Maaf yang tak terhingga jugak saya pohon atas segala salah dan silap saya. Saya memang seorang yang panas baran. Maafkan saya atas kelemahan saya ye sahabat.. T_T

Best wishes for all of you..
Akhir kalam, saya sayang kamu semua kerana Allah S.W.T =)

Cop copp..hihi..lagu ni mami yang kenalkan dekat saya. Thank you mami ^^,

lagu pengubat rindu saya terhadap mereka :’)

Sekian, Wassalam.. =)
Posted by sharinamazlan at 6:58 PM
0 comments
Subscribe to: Posts (Atom)
Design by Rinda's Template . Converted by Gisele Jaquenod . Author by Your Name's Here :)