Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)
Segala puji bagi Allah S.W.T , yang telah menjadikan langit dan bumi dan segala ciptaan yang indah.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , ahli keluarga dan para sahabat.
Alhamdulillah.. saya diberikan sedikit kesempatan untuk mencoret lagi di sini. Seperti yang awak semua nampak, tajuk post kali ni “Breakaway”. hee… Tiba-tiba kan? Tak laa. Sebenarnya ni merupakan tajuk lagu, singing by Sharina Mazlan. haha koyaa(perasan). Actually, it is fron Kelly Clarkson. (Alaaa, mesti semua da tahu kan? Kau sorang je la yang tak tahu Sharina Mazlan ==’). This song is one of my favourite song! Waaaahh speaking gituu. hihi.. Sebelum ni saya tak tahu pun tentang kewujudan lagu ni. Teruk kan? ==’ Lepas masuk PASUM, rumet saya yang comel tu la yang kenalkan dekat saya lagu ni. Dan apa padah yang menimpa beliau? Beliau terpaksa mendengar lagu ni berulang ulang ulang ulang ulang ulang..err faham kan macam mana banyaknya lagu ni diulang setiap hari. hihi.. Thanks and sorry Miss Rosdiana Binti Muhammad Thangaveloo.. (btol kan aku eja nama kau ni? hihi..) Sebab dia cakap haritu, semua orang salah eja nama dia. hihi.. Kawan yang ‘prihatin’ la katakannn….
Kenapa saya suka lagu ni? Entah..saya pun tak tahu. hee tak laa. tipu jeee. Sebenarnya takde la tipu sangat. Ehh ape ni Sharina Mazlan? Cakap belit-belit laa ==’
Mula-mula memang la saya suka sebab irama dia sedap. Tapi bila da dengar berulang ulang ulang ulang ulang ulang kali tu kan, baru saya faham maksud yang cuba disampaikan oleh kawan saya ni (Cik Kelly, bukan Cik Keli yee). Saya suka lirik lagu dia. Sangat inspiring. Sooo when I feel depressed, down, tension and so on, I will listen to this song. It’s very inspiring me. Seriously…
Walaupun Cik Kelly ni bukan ‘saudara’ kita, tapi tak salah nak dengar lagu dia. Dan tak salah nak dengar lagu-lagu yang lain jugak. Maksud saya, bukan semestinya kita kena dengar lagu nasyid sahaja. Kita bole dengar atau berhibur dengan apa-apa sahaja jenis lagu. Tak kesah la lagu Melayu ke, Inggeris ke, Korea ke..(sebab saya pun layan K-pop jugak. hihi..), apa yang penting.. KERJASAMAA! errr salah..lari dari tajuk ye. apa yang penting… mesej yang cuba disampaikan oleh lagu tersebut. Yelah, kadang-kadang ada juga lagu nasyid yang lebih menceritakan tentang cinta sesama manusia, betapa indahnya mencintai seseorang dan sebagainya. Tak boleh pakai jugak kan?
Berbalik kepada lagu Breakaway ni, lirik yang terkandung dalam lagu ni sangat bagus pada pendapat saya. Sebagai contoh:
“ Dreaming of what could be,
And if I’d end up happy,
I would pray. ”
Wahai sahabat saya yang comel-comel, cantik-cantik, dan hensem-hensem, jangan lupa pada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang. Maklumlah, kita ni manusia biasa, begitu juga dengan saya. Kadang-kadang (selalu la jugak), bila kita dapat sesuatu nikmat, kita terlalu suka sehingga lupa untuk mengucapkan sepatah perkataan hikmat ini, iaitu “Alhamdulillah…” Jadi, harap-harap lepas ni kita lebih mengingati Allah S.W.T pada setiap masa, InsyaAllah.. ^^,
“ I’ll spread my wings and I learn how to fly,
I’ll do what it takes ‘till I touch the sky,
And I’ll make a wish, take a chance, make a change,
And breakaway..
Out of the darkness and into the sun,
But I won’t forget all the ones that I loved,
I’ll take a risk, take a chance, make a change,
And breakaway… ”
Nanananana..na..Nanananana..naa.. errr..hihi tersyok pulak *blushing(gedik). Haaa..untuk petikan lirik tu pulak, apa yang saya belajar, kita kena berani untuk menonjolkan diri kita, keluar dari kepompong yang menyembunyikan segala kebolehan yang Allah S.W.T da anugerahkan kepada kita. Jangan sia-siakan segala bakat yang telah dikurnikan. Mungkin pada mulanya kita tak yakin dengan kebolehan kita sendiri, tapi Allah S.W.T Maha Mengetahui kan? Jadi, Dia lebih tahu apa yang kita mampu atau tidak dan apa yang terbaik untuk kita. Tapi, jika kita melakukan sesuatu dan terasa berat untuk menahan segala ujian dan halangan yang ada, berdoalah kepadaNya. InsyaAllah akan diringankan ujian itu untuk kita. Seperti dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
[Surah Al-Baqarah, 2:286]
Selain itu, janganlah sesekali kita lupa akan orang-orang yang pernah menemani kita disaat kita susah dan senang. Terutamanya ibu bapa kita. Nauzubillah..janganlah pernah sesekali menjadi anak derhaka yang lupa segala jasa mereka yang tidak terbalas banyaknya. Tidak guna kalau kita berjaya, kaya, berpangkat, disanjung ramai, padahal kita tak pernah ingat dekat ‘orang tua’ yang da membesarkan kita dari kecil hinggalah apa yang kita kecapi sekarang. Sebab, takde guna pun segala harta dan pangkat yang kita ada kalau jadi anak derhaka. Awak la sampah masyarakat yang sebenarnya. Harta pangkat tu semua tak boleh bawak masuk kubur pun la awak.. Lupa ke, Allah S.W.T pinjamkan je semua tu dekat awak. Da la peminjam, belagak pulak tu.. Eeeeee..tak tawu maluuu.. Ingat ni..
“Ada dua jenis nikmat yang menyebabkan ramai manusia tertipu di dalamnya, iaitu, kesihatan dan kesempatan.”
[Riwayat Imam Al-Bukhari]
Sama-samalah kita selalu berdoa, so that kita takkan leka dengan dua jenis nikmat ini. Kalau tak nanti takot-takot kita jadi ‘gang’ dengan syaitan pulak. Nauzubillah.. Eeeee jangan..jangan.. setan tu da la tak hensem, tak lawa.. jahat pulak tuu. takmo takmo..takmo kawan dengan dia ehh..
Ish..macam da panjang sangat je ni saya berceloteh. hihi.. takpe la, saya pendekkan. Hmm jap, lupa nak tulis apa tadi. hihi..
.........................................................................................................
Haaaa..da ingat! Hmm kata-kata akhir saya, saya doakan semuaaaaa sahabat saya berjaya di dunia dan yang paling penting di AKHIRAT. Semoga kita sentiasa di bawah naungan rahmat dan redhaNya. InsyaAllah.. Sampai sini je la rasanya.. Ehhh cop copp..hee this song is specially dedicated to all of you.. Enjoy.. ^^
Ingat nak letak mv dia, tapi macam ‘cantik’ sangat Cik Kelly tu.
hee takpe laa. yang ni je laa ^^
Sekian, Wassalam.. =)
0 comments:
Post a Comment