Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)
Segala puji bagi Allah S.W.T , yang telah menjadikan langit dan bumi dan segala ciptaan yang indah.
Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W , ahli keluarga dan para sahabat.
Ni merupakan post yang first la kiranya memandangkan saya da delete semua post-post sebelum ni. Kira new version la ni. hihi..
Alhamdulillah atas kesempatan yang diberi oleh Allah S.W.T untuk menyediakan sedikit coretan kenangan khas buat sahabat-sahabat, atau dengan kata yang lebih mesra, keluarga 69 saya di PASUM..
Segalanya bermula pada 29 Mei 2011, hari pendaftaran saya di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, atau lebih famous dengan gelaran KK12. *tak payah sebut panjang-panjang. heee..
On that day, ‘nebes’nya tak payah cakap la kan..maklumlah, selama ni jadi pekasam je kat rumah. Bila kena pergi sana, kena belajar berdikari, belum tentu kawan macam mana, rumet macam mana, Allah…
Bila sampai sana, ramainya orang. Semua muka vogue-vogue gituu.. Masa nak daftar masuk bilik, kita boleh pilih sendiri, tapi time tu yang saya kenal semua kat mana entah, tak sempat jumpa, soo bedal je la kan. Lepas siap bayar yuran semua, sampai depan meja nak tulis nama untuk daftar masuk bilik, saya tercengang-cengang je kat situ, tengok yang lain ada partner masing-masing. Tiba-tiba akak tu tanya, “Awak ada couple?”. Dalam hati saya, “HAA?! Yang akak ni nak tahu aku ni couple ke tak kenapa??”. Lama jugak terdiam. Lepas tu barulah faham, satu bilik dua orang. So, siapa da ada ‘couple’ sendiri, bole terus masukkan dua nama untuk satu bilik. Saya pun dengan keadaan yang gelabah cakap je la takde. So akak tu pun cakap, “Tulis nama kat sini eh dek.” Saya pun tulis je laa. Lepas tu akak tu suruh ambil kunci. Lepas da siap semua, saya pun terus naik atas, angkat barang-barang, dan kemas-kemas mana yang sempat. Dan di situ la detik pertemuan saya dengan seorang sahabat, ROSDIANA BINTI MOHAMAD THANGAVELLO =) *ehh betul ke eja ni. hihi..maaf kawan..
Cantik kan rumet saya. gojes ^^ |
Dialah rumet saya. Dia ni comel (tapi saya lagi comel. hihi..), baik, kepoh(hihi..), peramah, cantik(dia je mengada kata dia tak cantik -.-) dan banyak lagi la yang best pasal dia. Secara jujurnya, mula-mula saya ‘tak redha’ dapat sebilik dengan dia. Saya ni memang mengada sikit. MAAF DIAN… T_T
Tak nak cerita pasal MHS, nanti panjang sangat. hee tapi satu yang best, saya dengan dian dapat sel(group) yang sama. Jadi, ke sana ke sini, semua sama-sama. Kuat kan jodoh kitorang ^^
Tapi, dari sehari ke sehari, kami jadi semakin rapat. Hubungan dengan jiran-jiran sebelah pun makin rapat. Seronok sangat ada keluarga 69 macam:
ROSDIANA BINTI MOHAMAD THANGAVELLO
(adik saya, kadang-kadang jadi suami/isteri/tunang saya. err -.-)
NURUL DIYANA BINTI MOHAMAD NEJIB
(mami saya)
SITI NORILLIYIN
(kakak saya,trademark beliau “saya yang chantek ni haa”)
NUR AMALINA BINTI MAZLAN
(kembar saya@bidadari chantek)
IMA SAMSUDIN
(angkatan programmer)
AMINATUL BIRRIAH
(geng sheepo/kakak nur cherry abdullah@anak pungut saya)
NADIA dan AIDA
(dua-dua geng fizikal)
Ni la anak, mak, kakak terangkat saya semua =)
ni Aminatul Birriah, budak mucukk ^^ |
ni Nurul Diyana, mami saya ^^ ni Siti Norilliyin, si cantik ^^ |
ni Amalina, bidadari cantik ^^ *dia kuat makan -.- dari kiri..cepat jalan ! ehh..hehee.. dari kiri, Aida, Nadia, Ima ^^ |
Dipendekkan cerita, saya sangat bersyukur sebab Allah S.W.T anugerahkan kepada saya sahabat-sahabat yang cukup istimewa seperti mereka. Mereka banyak mengajar saya erti kehidupan.
Baru-baru ni, ada sahabat lama yang menegur saya. Dia kata dia senang melihat saya yang sekarang. Dulu saya pernah mengadu dekat dia, yang saya benar-benar perlukan insan-insan yang dapat membimbing saya. Dan saya baru perasan yang Allah S.W.T telah mengabulkan doa saya semasa saya di PASUM. Terima kasih Ya Allah.. T_T
Buat sahabat yang sangat saya sayangi, Dian..
Sesungguhnya hanya Allah S.W.T yang tahu betapa saya sangat merindui awak. Masa lepas saya hantar awak, hanya air mata yang mampu saya titiskan dalam kereta. Hanya dalam doa saya sampaikan rindu saya buat awak.Hanya dalam doa saya mampu bantu supaya awak berjaya. Awak seorang yang sangat baik, pandai. Awak jangan sia-siakan semua tu ye. Jangan lupa pesanan-pesanan saya buat awak. Kalau ada pape, insyaAllah saya sentiasa ada untuk awak. =)
Buat Yana, Yin, Amal, Min yang amat saya rindui..
Korang semua pun anugerah yang terindah buat saya. Terima kasih sebab bawak saya pulang. Tu hadiah dari korang yang tak mampu saya balas. Teruskanlah usaha korang untuk jadi doctor ye. InsyaAllah korang semua boleh =)
Buat Ima, Nadia, Aida yang comel-comel..
Walaupun kita tak berapa rapat, tapi saya takkan lupakan korang sampai bila-bila..InsyaAllah.. Good luck dalam apa jua yang korang buat ye. Jangan lupa segala pesanan papa kita, Papa Zahurin =)
Sebenarnya, banyak lagi yang hendak saya coret, tapi mungkin akan jadi berates page. hihi.. jadi, ni je la ‘sezarah’ hadiah buat kamu semua. Rindu dan kasih saya pada kamu semua takkan pernah padam. InsyaAllah kalau ada rezeki, nanti saya akan bekerja. Doakan saya ye. Saya sengaja menyibukkan diri. Masa di rumah pun, bangun je tidur, saya akan buat macam-macam, sampai mak dengan ayah tak henti-henti suruh saya berehat dulu. Tapi, tu je la yang mampu saya buat untuk melupakan sekejap rindu kat hati ni, dengan menyibukkan diri sehari suntuk. Hihi..sweet kan saya? ^^
Last but not least, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan buat kamu semua. Halalkan semua makan minum saya. Maaf yang tak terhingga jugak saya pohon atas segala salah dan silap saya. Saya memang seorang yang panas baran. Maafkan saya atas kelemahan saya ye sahabat.. T_T
Best wishes for all of you..
Akhir kalam, saya sayang kamu semua kerana Allah S.W.T =)
Cop copp..hihi..lagu ni mami yang kenalkan dekat saya. Thank you mami ^^,
lagu pengubat rindu saya terhadap mereka :’)
Sekian, Wassalam.. =)
0 comments:
Post a Comment