Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)
Segala puji bagi Allah S.W.T , yang telah menjadikan langit dan bumi dan segala ciptaan yang indah.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , ahli keluarga dan para sahabat.
Alhamdulillah, segala rasa syukur saya panjatkan kehadrat Illahi atas kesempatan yang diberi untuk saya mencoret lagi. Waaaa I loike this topic. hihi.. Jadi, post kali ni ditujukan buat cik adik-cik adik manis di luar sana, haa yang tengah baca tu, yee saya tulis ni untuk awak, dan juga buat cik adik comel yang sorang ni (saya la tuu. hihi…). Dan post kali ni jugak saya tujukan khas buat sahabat yang sangat saya sayangi dan rindui, ROSDIANA BINTI MUHAMMAD THANGAVELOO :’)
Sebelum tu, saya nak berkongsi sedikit tentang kisah remaja seorang hamba Allah S.W.T ni.
“Gadis ini hanya seorang biasa yang datang dari keluarga yang biasa-biasa juga. Dia kecil molek orangnya. Dari segi pelajaran, dia bukan la seorang pelajar cemerlang sekolah. Dari segi agama juga dia sangat biasa-biasa. Hal ini kerana dia dibesarkan dalam keluarga yang agak cetek dalam ilmu agama. Jadi, keadaan tersebut sangat memberi pengaruh buruk kepada dia. Alhamdulillah dia mendapat rakan-rakan yang baik-baik, yang sentiasa mengingatkan dia tentang solat dan sebagainya. Namun, dia masih belum dapat mencari jalan yang benar-benar dia inginkan. Dia sering terpaksa berpura-pura di hadapan sahabat-sahabatnya. Namun, dia seorang yang baik sebenarnya. Dia masih tahu batas-batas kehidupan yang sepatutnya.
Seperti remaja-remaja yang lain, dia juga mempunyai naluri untuk disayangi dan dicintai. Sehinggalah seorang lelaki cuba mendekatinya. Semakin hari dia menjadi semakin leka. Mungkin keadaan fizikalnya yang sedikit menarik menyebabkan dia diminati oleh beberapa orang lelaki. Lepas seorang meninggalkan dia, dia pun mula menerima yang lain. Teman lelakinya bertukar ganti. Dia sanggup menipu ibu bapanya sendiri demi mengikutkan percintaan nafsunya itu. Semakin hari, dia semakin lalai dengan kata-kata indah dan manis yang diberikan kepadanya. Dan semakin lama juga, nafsunya juga semakin melonjak-lonjak, berbisik untuk melakukan sesuatu yang lebih ‘nikmat’. Sehinggalah pada suatu ketika, dia tekad untuk melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia hanyut dalam gelombang asmara nafsunya itu. Dia terlanjur dengan teman lelakinya. Dan yang lebih teruk lagi, dia berasa seronok dengan ‘nikmat dunia’ tersebut. Dia masih hanyut , leka bergelumang dengan dosa-dosa tersebut. Sehingga pada suatu hari, tiba-tiba terdetik di hatinya, perasaan rindu untuk menyarung telekung solatnya yang selalunya terlipat rapi dan hanya menjadi sekadar hiasan di segenap ruang biliknya.
Pada detik itu, dia melangkah dengan hati yang hiba, pergi membersihkan diri. Perasaan yang tak dapat digambarkan olehnya. Dia menitiskan air mata disaat ingin menyarungkan telekung itu di kepala. Dia menunaikan solat fardu Maghrib dengan hati yang penuh rasa hiba. Selesai solat, dia menadah tangan, memohon keampunan kepada Yang Maha Esa. Air mata penyesalan menghujani pipinya. Dan pada ketika itu jugalah, dia lahir menjadi seorang insan yang baru.
Dia meninggalkan segala kehidupan silamnya dan memulakan coretan hidup yang baru. Dan kini, dia hanya mendambakan cinta yang abadi, iaitu cinta kepada Illahi…”
The end… hihi.. Itulah serba sedikit yang boleh saya ceritakan melalui kisah seorang sahabat kita itu tadi. Walaupun kehidupannya gelap pada awalnya, namun dalam sekelip mata ia mampu berubah. Apa motif saya cerita semua ni sebenarnya? Sebenarnya, saya cuba menegaskan bahawa cinta kepada Illahi dan juga RasulNya itu adalah sangat penting sebelum kita ingin mencintai seseorang. Memang benar, fitrah manusia untuk disayangi dan dicintai itu selalu bertandang di hati kita. Namun, lebih indah mencintai Pencipta kita dahulu sebelum kita ingin berkongsi hidup dengan seseorang.
Wahai sahabat, kita memang telah diciptakan berpasangan. Setiap wanita diciptakan dari tulang rusuk kiri seorang lelaki (ahhhhh comeeeeeel sangatttt ^^). Jadi, mesti pernah terlintas kan di fikiran kita, agak-agak siapa la pemilik tulang rusuk yang ada di tubuh kita sekarang ni? Takpe, tu bukan berangan, tu fitrah =) Di sini ada saya sertakan sebuah video tentang sebuah forum yang bertajuk “Kau Tercipta Untukku” yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya Dr. Farhan Hadi =) Ni salah satu part je dari forum tu, sambungan dia, carik la sendiri dengan Incik Youtube eh? hihi..
Lagi satu perkara, jika terdetik di hati kita untuk mendirikan rumah tangga terutamanya pada usia muda, apa kata kita berfikir sejenak tentang keputusan itu. Memang betul, nikah itu bagus sebenarnya. Dapat menghalalkan sesuatu perhubungan dan mengelakkan dari berlaku fitnah. Namun, adakah anda pasti dengan keputusan itu? Adakah keputusan tersebut adalah yang terbaik untuk kita? Adakah kita benar-benar sudah bersedia? Pertama sekali, dirikanlah Istikhara, minta petunjuk dari Allah S.W.T. Kemudian, tengok video ni dulu. haha macam pelik pulak bunyinya XD
Hmm macam mana? Anda rasa anda sudah bersedia? Muktamad? Tiada talian hayat diberikan. hihi..
Kalau saya, saya belumm =( … Dan bagi adik-adik yang baru masuk ke alam remaja, yang tiba-tiba terasa macam terminat dekat sesiapa ke, tu pun memang fitrah manusia dik. Maklumlah, masa-masa macam tu, emosi dan hormon tengah tonggak terbalik. Yang telah terlibat dengan alam percintaan monyet ni, adik jangan la terlalu mengikutkan perasaan ye. Bak kata orang cinta separuh mati la kan.. Lautan dalam sanggup ku renangi, bara api sanggup ku tempuhi. Alahaaaai, awat nak jadi ‘bijak’ sangat. That’s all are totally nonsense and just a big lie ==’ Jadi, jangan la jadi ‘bijak’ sangat dengan mempercayai segala ayat-ayat manis tu sebab sebenarnya ia lagi pahit dari ubat dekat sepital tuu -.-
Bagi yang sedang patah hati pula, terimalah itu sebagai satu nikmat dan kurniaan yang Allah S.W.T berikan kepada awak. Awak patut bersyukur sebab Dia masih menyelamatkan awak dari cinta-cinta yang mungkin bukan yang terbaik untuk awak. Dan percayalah, Allah S.W.T sedang merancang sesuatu yang lebih indah buat awak. Mungkin, ini juga salah satu cara untuk Dia menarik balik perhatian awak agar lebih dekat kepadaNya. Jadi, La Tahzan =)
Dan yang paling penting, yakin dengan janji Allah S.W.T :
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
[Surah an-Nur : 26]
Jadi, bukan sahaja kita perlu berdoa dan meminta agar dikurniakan pasangan hidup yang soleh/solehah, jujur dan sebagainya, namun kita juga perlu sentiasa memperbaiki dan mempersiapkan diri ke arah menjadi insan yang lebih baik. Jadi, buatlah yang terbaik ye untuk masa depan yang lebih cerah. InsyaAllah..
“Cinta kepada HARTA ertinya BAKHIL.
Cinta kepada PEREMPUAN ertinya ALAM.
Cinta kepada DIRI ertinya BIJAKSANA.
Cinta kepada MATI ertinya HIDUP.
Cinta kepada ALLAH ertinya TAQWA… ”
Sekian, Wassalam... =)